Monday, 8 February 2016

#benci?

kau kata aku benci kau,
untuk segala perpisahan kita
kau silap
aku langsung tidak membenci
kerana kau pernah buat aku rasa istimewa
dan kau pernah buat aku bahagia
mana bisa aku benci kau, insan aku yang teristimewa
untuk dahulu kala
kau nampak raut muka ku seakan benci
walhal jika diberi kesempatan mahu sahaja aku berjumpa kau
semula
perbaiki apa yang masih ada
dan cuba bangunkan semula
malangnya aku rapuh
dan khuatir kau sudah berpunya.

No comments:

Post a Comment

here