Thursday 11 February 2016

bosan?



kau tahu tak kenapa kau cepat bosan?
sebab kau pilih guna wajah
bukan hati
sebab itu hati kau seakan mati
itu ini kau tak puas hati
hati kau tak tenteram
kerna hati kau sering terusik
apabila melihat yang lebih cantik
cuma satu,
yang luarnya cantik
belum tentu dalamnya molek
manusia banyak topeng dan kadangnya licik.

Wednesday 10 February 2016

K.A.U



K.A.U




kau tahu kenapa kau masih sama?
sebab lagak kau macam benci,
tapi jujurnya kau masih rindu dan masih mencari
eleh kau ingat aku bodoh?
di saat kau marah,
mata kau masih mengalah
di saat kau mencaci,
aku tahu mata kau masih sayang
sudahlah
jangan berkata lebat
kau boleh tipu semue orang
tapi kau gagal tipu hati sendiri
sudahlah..

kau



orang tanya apa yang aku suka tentang kau
hurmm.
semuanya.
kau jahat,
kau curi hati aku hingga kurangnya kau pun
aku tidak peduli
kau jahat,
kerana segala kekurangan kau aku cuba lengkapi
kau jahat,
buat aku gila bayang begini
kau jahat
sangat jahat
tapi aku suka lelaki jahat
dan hanya kaulah lelaki jahat aku
dunia & akhirat

Monday 8 February 2016

#benci?

kau kata aku benci kau,
untuk segala perpisahan kita
kau silap
aku langsung tidak membenci
kerana kau pernah buat aku rasa istimewa
dan kau pernah buat aku bahagia
mana bisa aku benci kau, insan aku yang teristimewa
untuk dahulu kala
kau nampak raut muka ku seakan benci
walhal jika diberi kesempatan mahu sahaja aku berjumpa kau
semula
perbaiki apa yang masih ada
dan cuba bangunkan semula
malangnya aku rapuh
dan khuatir kau sudah berpunya.

Friday 28 August 2015

Untuk cinta


kau tunjukkan aku
yang memangnya tak pernah tahu
erti sebenarnya cinta
dari jiwa, bukan hanya dari mata

kau pacar hatiku
kasih setulus seiklasnya

tak pernah mengalah
walaukan terpisah
sedikitpun tak berubah

namun takkan menjadi milikku
cinta bukan tercipta untuk ku

tolong jagalah dirinya buat diriku
jangan biar luka lagi hatinya
yang amat ku cinta
yang milik engkau saja

biar ku simpan semua  kasih dan cinta
akan ku pendamkan sepanjang nyawa
hingga tiba masa untuk aku bercinta semula

selamat tinggal kasih
akukan pergi bawa diri
yang telah rela
dan mengerti

dan disini saja berakhirnya sebuah kisah
cinta bertepuk sebelah
terpaksalah ku terima tentuannya

Monday 16 March 2015

AkU (nAjWa LaTiF)





ku dengar air mata di sana
menangis memanggil ibunya
ku lihat air mata di sana
melihat perjuangan ayahnya

tiada siapa yang akan mengerti
rasa kehilangan yang ada di sisi
perginya si raja hilangnya pemaisuri
hanya untuk melindungi kasih sayang abadi

ku lihat awan yang sepi
ketakutan sentiasa menghantui
jeritan dan tangisan yang tidak di dengari
semuanya bagaikan satu mimpi mimpi yang tak pasti

ingatlah dunia hanya sementara
tuhan yang esa adalah segala galanya
walau kau di siksa walau kau di hina
percayalah tuhan selalu ada

ku dengar tangisan di sana
menangis memanggil ibunya
ku lihat air mata di sana
menangis melihat perjuangan ayahnya


click >>>> https://www.youtube.com/watch?v=HFBLTkH0bQc

Thursday 25 December 2014

NyUm NyUm

Resepi Rainbow Cookies

                                                   
 Bahan - bahan

 - 250 gm mentega 
 -175 gm gula kaster
 -100 ml putih telur @ 2 or 3 biji (dah try sukat)
 -200 gm tepung gandum
 -50 gm tepung jagung
 -1/4 sudu teh emplex (perangup biskut, di ade baru menjadi biskut tu) 

 Cara - cara

 1. Anyak tepung gandum, tepung jagung dan emplex (ketepikan dahulu) 
 2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim
 3. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati 
 4. Masukkan tepung dan kaup balikkan dengan spatula hingga rata 
 5. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letak dengan perwarna berlainan (ungu, biru, hijau, kuning, oren, merah)
 6. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bulat dan picit lurus mendatar ke dalam loyang lidah kucung mengikut susunan warna pelangi *taknak ikut pon takpe 

                            *Adunan ni boleh dapat dalam 4 - 5 loyang je taw
                 


                                                                Loyang rainbow cookies





                                                                 SeLaMaT mEnCuBa !!